Konsep toleransi boleh didefinasikan sebagai kesanggupan setiap individu untuk bersikap tolak ansur dan saling horamat menghormati antara satu sama dengan yang lain tanpa mengira agama budaya dan bangsa. Toleransi umat beragama sangat penting untuk menjaga kesatuan bangsa kita. Tujuan yang lebih luasnya lagi adalah untuk menjaga kedamaian negara dan dunia. Setiap orang akan sangat sensitif terhadap masalah agama dan isu agama yang boleh mengancam ketenteraman negara.
Walaubagaimanapun, masyarakat Sabah mengutamakan konsep bertoleransi demi menjaga keamanan dan keharmonian negara. Masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai etnik dan suku kaum mampu menjalin hubungan baik antara satu sama lain. Kepelbagaian agama di Sabah tidak hanya tertumpu kepada agama seperti Kristian, Islam dan Buddha tetapi ada juga yang tidak mempunyai agama dan dikenali sebagai orang kafir. Namun, masyarakat Sabah sentiasa mebenam sikap toleransi beragama dan tidak mewujudkan sebarang diskriminasi yang boleh menjatuhkan mana-mana pihak. Selain itu, konsep toleransi beragama di Sabah dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum dan bangsa. Hal ini adalah kerana Sabah adalah sebuah negeri unik iaitu menpunyai pengalaman pergaulan yang luas dari segi penempatan budaya dan cara hidup. Demikian juga tahap toleransi antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim yang berdekatan antara satu sama lain. Disamping itu, masyarakat Sabah mengamalkan hidup bertoleransi dalam beragama adalah untuk menjalinkan hubungan baik antara agama Muslim dan bukan Muslim.
Toleransi antara masyarakat pelbagai agama dapat melahirkan keprihatinan diantarara pemimpin yang sentiasa bersikap terbuka dan siap sedia menerima pembinaan rumah ibadat yang berdekatan dengan agama lain. Malahan, sikap toleransi beragama dapat dipupuk melalui cara dan sikap pemimpin yang bijaksana dalam menyatukan masyarakat di Sabah. Sebagai contohnya, setiap tahun pemimpin akan menganjurkan rumah terbuka seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Krismas. Ini akan dapat mewujudkan toleransi antara kaum yang akan bergaul antara satu sama lain tanpa memikirkan latar belakang budaya agama dan bangsa..
No comments:
Post a Comment