PENDAHULUAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada Politeknik Kota Kinabalu kerana menerima saya sebagai pelajar sesi Jun 2014 Politeknik dan
tidak lupa juga kepada pensyarah serta rakan-rakan saya yang boleh menerima saya sebagai anak murid dan rakan mereka. Sebelum memulakan perbincangan saya yang bertajuk Kosep Toleransi Beragama dalam Masyarakat Sabah, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pelajar di Politeknik Kota Kinabalu. Pelajar Politeknik Kota Kinabalu terdiri daripada pelbagai agama, namun interaksi di antara mereka sungguh mengkagumkan saya kerana pada hari pertama berkuliah mereka sudah dapat menyesuaikan diri dengan pelajar lain. Dengan itu
saya yakin dengan pendapat saya iaitu konsep toleransi beragama dalam masyarakat sabah adalah lebih jauh lebih baik berbanding dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia . Saya sebagai penduduk sabah, juga turut merasakan bahawa toleransi beragama dalam masyarakat sabah sungguh tinggi dan
luas. Buktinya, jarang sekali kita mendengar pergaduhan besar-besaran yang melibatkan isu agama dalam masyarakat sabah juga perang mulut yang dinyatakan oleh masyarakat sabah sendiri ini
kerana sikap bertoleransi yang ada pada diri setiap masyarakat sabah dan
sentiasa berfikiran rasional demi keamanan dan
keharmonian di sabah. Cuba lihat kembali kejadian yang berlaku di Klang,
Selangor yang melibatkan masyarakat melayu, cina dan
india oleh kerana isu
agama yang dibangkitkan oleh penduduk semenanjung Malaysia. Selain itu, masyarakat sabah juga sering mengadakan tamu besar-besaran contohnya GAYA STRIT dan
peniaganya juga terdiri daripada pelbagai agama dan kaum. Walaupun terdiri daripada pelbagai agama dan kaum, malah tamu besar-besaran menjadi lebih meriah dan
berlangsung dengan baik sekali. Ya! ini sudah tentu, toleransi yang ada
pada diri mereka yang saling menghormati peniaga antara satu sama yang lain. Sebagai salah satu contoh, saya adalah penduduk yang tinggal di daerah Tawau, sabah . Setiap hari minggu saya akan turun ke
pasar tamu untuk membantu ibu
saya mengangkat barang dan saya mendapati banyak penjual dan pembeli
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama iaitu agama hindu, islam, kristian, cina dan buddha. Semasa sedang menunggu ibu saya, kelihatan beberapa pembeli yang berbilang agama sedang berborak kosong mereka ketawa dan bercerita dan
tidak mengira latar belakang mahupun agama masing-masing. Di sabah, meskipun bahasa yang digunakan agak kasar didengar, tetapi sikap toleransi setiap rakyat sangat tinggi kerana cinta dan
sayang mereka kepada negeri di bawah bayu ini. Oleh itu, kita sebagai rakyat sabah yang cintakan sabah dan
juga negara Malaysia hendaklah kita sentiasa amalkan sikap bertoleransi dalam kehidupan kita supaya kita senantiasa hidup dengan aman dan damai… Akhir kata tingkatkan muafakat kerana ia
membawa berkat. Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat..